FEEDBACK
Dear user, please submit ticket to report any issue related to TONTON YOUTUBE ANDROID AUTO streaming.Android Auto ialah perkhidmatan yang dibangunkan oleh Google bagi membolehkan multimedia atau biasa dikenali dengan unit radio kereta memaparkan map dari telefon android, membaca dan membalas mesej dan memainkan penstriman musik, manakala perisian berasaskan video tidak diberi akses.
App terkenal yang boleh dimainkan menerusi android auto:.
Youtube music tidak mempunyai paparan video boleh dimainkan menerusi android auto untuk penstriman music dan memainkan fail mp3, Youtube biasa dan Youtube kids tidak diberi akses menggunakan android auto sebab memainkan video.
Sila fahami panduan ini tidak mengajarkan pemandu kereta menonton Youtube semasa memandu, kemudahan penstriman Youtube ini ditujukan kepada penumpang kereta.
Setakat ini ada 3 app penstriman video yang tidak disekat dalam android auto, iaitu Fermata, Carstream dan Cartube.
Fermata auto mempunyai kelebihan mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penstriman video Youtube, media pemain mp3 mp4 dan sejenis, mempunyai akses direktori telefon, memainkan IPTV (m3u8) dan pelayar web. Penggunanya lebih banyak berbanding carstream dan cartube, ada kemaskini versi.
Fermata yang boleh dimainkan menggunakan android auto tidak tersedia dalam Playstore, fermata yang ada dalam playstore tidak mempunyai sokongan android auto.
Carstream adalah perisian pelayar web, pada asasnya semua website boleh diakses menggunakan carstream, netflix boleh diakses tetapi menyekat pemain video. Papan pemuka laman utama direka untuk Youtube. Dibawah ini tangkap layar penstriman tv Bosstv menggunakan carstream, rujuk sini.
Cartube mempunyai sokongan background audio (masih boleh mendengar musik ketika membuka app lain) dan membenarkan login akaun Google (Youtube), pengguna perlu hantar sumbangan untuk mendapatkan versi penuh. Pemaju jarang mengemaskini versi.
Android Auto App Downloader (AAAD) dan Android Auto Store (AAS) ialah app seumpama Playstore, tempat muat turun Fermata dan Carstream. AAAD mempunyai had muat turun 1 apk sehari, AAS tiada sekatan had.
Langkah pertama, muat turun dan pasang AAAD dari laman rasmi github atau versi mod tiada sekatan had muat turun yang telah dikongsi dalam telegram, atau muat turun AAS dari laman rasmi github. Apabila AAAD/AAS telah dipasang, muat turun dan pasang Carstream, Cartube dan Fermata. Tujuan untuk memasang semua adalah untuk menilai mana yang lebih sesuai digunakan.
Buka tetapan telefon dan cari android auto. Tekan customise launcher untuk pastikan carstream, cartube dan fermata masuk dalam senarai Launcher sorting.
SESETENGAH JENAMA TELEFON TIDAK MEMPUNYAI SOKONGAN DARI FERMATA CARSTREAM DAN CARTUBE akibatnya carsream, cartube dan fermata tidak dapat dipaparkan dalam android auto.
Sambungkan telefon dengan unit multimedia kereta menggunakan wayar-data sahaja, wayar pengecas yang dibekalkan dalam pembelian telefon selalunya tidak mempunya sokongan data. Sila rujuk Mr-DIY untuk contoh wayar-data, wayar data yang tahan lama selalunya lebih mahal berbanding dalam kedai Mr-DIY.
Selain wayar-data pilihan lain adalah wireless android auto (rujuk shopee). Disebabkan ada yang keliru menganggap wireless android auto boleh buka Youtube tanpa telefon maka saya tekankan wireless android auto hanyalah pengganti wayar untuk menyambungkan telefon ke unit multimedia.
Buka android auto di unit multimedia apabila sambungan berjaya, buka Fermata, Carstream dan Cartube untuk memainkan video Youtube.
SL 2 TV is a Farsi TV specialized in Movies and Series.
IFilm Also Ifilm TV is an Iranian entertainment network which consists of three channels in English, Arabic and Persian. The network was launched on September 9, 2010.
Hello taste is the premier cooking channel in Romania! If you're passionate about food and looking for inspiration in the kitchen, then you've come to the right place. Hello Taste is dedicated to celebrating the art of cooking and sharing mouthwatering recipes from around the world. Our channel is a haven for food enthusiasts, home […]
Watch wildside movies tv.
Athaqafia is a Moroccan public television culture channel. It is a part of the state-owned SNRT Group along with Al Aoula, Arryadia, Al Maghribia, Assadissa, Aflam TV, Tamazight TV and Laayoune TV. The channel was launched on 28 February 2006.
Afriwood Films Initiative (Non-Profit Organization) is created to support African creative Filmmakers produce movies that will promote African arts, cultures and values.This initiative also helps in showcasing, promoting and distributing these movies to the world.The under Privileged Africa aspiring actors and filmmakers also benefit from the initiative through a free certificate filmmaking and Acting training.This […]